Kawalan Dokumen E-mel iaitu Information Rights Management (IRM) merupakan satu daripada kemudahan yang disediakan dalam Perkhidmatan MyGovUC 2.0 bagi membolehkan pengguna membuat kawalan terhadap e-mel dan dokumen-dokumen yang dilampirkan bagi memastikan kerahsiaan dan keselamatan dokumen diuruskan secara sistematik dan berkesan. Fungsi kawalan e-mel dan dokumen adalah seperti berikut:
a) Read Only.
b) tidak boleh dicetak.
c) tidak boleh di majukan (forward).
d) tidak boleh di ubah/kemaskini.
Information Rights Management (IRM) adalah menggunakan Gmail Confidential mode. Pengguna boleh melindungi maklumat sensitif daripada diakses tanpa kebenaran dengan menggunakan Gmail Confidential mode. Penerima e-mel dengan confidential mode tidak mempunyai pilihan untuk memajukan (forward), menyalin (copy), mencetak (print) atau memuat turun mesej termasuk lampiran. Pengguna boleh menetapkan tarikh tamat tempoh mesej, membatalkan akses pada bila-bila masa.