Mail Relay adalah proses memindahkan e-mel dari satu server ke server lain untuk penghantaran. Ia boleh dikonfigurasikan melalui pengesahan relay, IP atau hos yang dipercayai. Mail Relay diintegrasikan dengan platform baharu dan perincian bagi pelaksanaan keseluruhan perkhidmatan Mail Relay adalah seperti berikut:
a) Perkhidmatan Mail Relay berkeupayaan menghantar e-mel seperti notifikasi, risalah, pengumuman dan maklumat terbaru kepada pengguna dalam sesuatu masa.
b) Kemudahan Mail Relay dengan kapasiti tinggi iaitu sehingga 15 juta e-mel sebulan. Ini bergantung kepada infrastruktur dan perkakasan MyGovUC 2.0 di PDSA.
c) Kemudahan bantuan teknikal atau antaramuka yang bersesuaian untuk membantu agensi bagi membuat konfigurasi Mail Relay.
d) Konfigurasi dengan mana-mana peralatan dan aplikasi KERAJAAN yang memerlukan kemudahan Mail Relay.