Mengenai MyGovUC 2.0

MyGovUC 2.0 adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu yang diuruskan secara berpusat di MAMPU. Perkhidmatan ini menggabungkan saluran-saluran komunikasi seperti e-mel, persidangan video/audio, chat dan Sistem Pengurusan Profil Pengguna (UPMS). Perkhidmatan MyGovUC 2.0 adalah merangkumi dua belas (12) perkhidmatan iaitu:

1.        Sistem E-mel

2.        Persidangan Dalam Talian

3.        Mail Relay

4.        Penghantaran Fail Bersaiz Besar

5.        Pengarkiban Dalam Talian

6.        Perbualan Secara Berkumpulan

7.        Kawalan Dokumen E-mel

8.        Portal Rasmi MyGovUC 2.0

9.        Sistem Pengurusan Profil Pengguna (UPMS)

10.        Sistem Pengurusan Latihan (LMS)

11.        Sistem Pengurusan Meja Bantuan (Helpdesk)

12.        Portal Komunikasi dan Kolaboratif

Mengapa MyGovUC 2.0 Dilaksanakan?

MyGovUC 2.0 dilaksanakan sebagai langkah penjimatan kos bagi memastikan perkhidmatan komunikasi dan kolaboratif kerajaan diuruskan secara berpusat untuk kegunaan semua agensi di sektor awam. Melalui perkhidmatan gunasama MyGovUC 2.0, Kerajaan akan dapat meningkatkan produktiviti seterusnya mutu penyampaian perkhidmatan awam.

Jaminan Tahap Perkhidmatan MyGovUC 2.0

Tahap kesediaan (availability) perkhidmatan MyGovUC 2.0 adalah 99.9%.

Perkhidmatan Utama

MyGovUC 2.0 menyediakan perkhidmatan utama seperti Sistem E-mel, Persidangan Dalam Talian, Perbualan Secara Berkumpulan, Mail Relay, Penghantaran Fail Bersaiz Besar, Pengarkiban Dalam Talian, Kawalan Dokumen E-mel.

Perkhidmatan Aplikasi Sokongan

MyGovUC 2.0 menyediakan perkhidmatan sistem aplikasi sokongan seperti Portal Rasmi MyGovUC 2.0, Sistem Pengurusan Profil Pengguna (UPMS), Sistem Pengurusan latihan (LMS), Sistem Pengurusan Meja Bantuan dan Portal Komunikasi dan Kolaboratif.

Komunikasi Bersepadu

Komunikasi bersepadu MyGovUC 2.0 adalah bermaksud perkhidmatan yang terdiri daripada pelbagai saluran komunikasi seperti e-mel, persidangan dalam talian, penghantaran fail bersaiz besar dan perbualan secara berkumpulan.

E-mel

Sistem E-mel merupakan perkhidmatan yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dalam bentuk mesej elektronik. Pengguna boleh mencapai perkhidmatan e-mel melalui desktop/laptop atau handphone pengguna.

Pelaksanaan Projek

  • Sentiasa berada di tahap kebolehsediaan yang tinggi iaitu 99.9%.
  • Perkhidmatan meja bantuan disediakan 24/7.
  • Berada dalam rangkaian kerajaan yang selamat.
  • Dilaksanakan secara managed services oleh pembekal perkhidmatan.

Pelaksanaan Solusi Baharu (PSB)

Pelaksanaan Solusi Baharu (PSB) MyGovUC 2.0 telah dilaksanakan secara berperingkat ke semua agensi bermula November 2021. Pelaksanaan PSB MyGovUC 2.0 adalah secara Software As A Service (SaaS) berasaskan cloud. Pelaksanaan PSB bertujuan memastikan perkhidmatan gunasama MyGovUC 2.0 adalah selamat, tersedia dan digunapakai sepenuhnya oleh semua penjawat awam bagi meningkatkan produktiviti dan menjamin kualiti penyampaian perkhidmatan awam.