Penghantaran Fail Bersaiz Besar adalah menggunakan platform Google Drive dengan akses mudah dan selamat kepada semua kandungan. Pengguna boleh menyimpan dan berkongsi fail atau folder yang sama daripada mana-mana peranti mudah alih, tablet atau komputer. Google Mail berupaya membuat penghantaran fail bersaiz besar dengan menggunakan pautan dokumen yang disimpan dalam Google Drive.
Ciri-ciri bagi pelaksanaan keseluruhan perkhidmatan Penghantaran Fail Bersaiz Besar merangkumi perkara-perkara berikut:
a) Penyediaan perkhidmatan untuk memudahkan penghantaran dan perkongsian fail/dokumen.
b) Perkhidmatan penghantaran dan perkongsian fail yang ditawarkan dapat berfungsi dengan baik dan lancar antara penghantar dan penerima.
c) Ruang storan yang mencukupi untuk pengguna
d) Perkhidmatan untuk memudahkan penghantaran dan penerimaan dokumen yang menyokong ciri-ciri perkongsian berikut:
i. Penghantaran fail kepada lebih dari seorang penerima dalam satu masa.
ii. Memaparkan log bagi semua aktiviti perkongsian.
iii. Menyimpan versi dokumen.
iv. Data Syncronization bagi capaian web dan peranti mudah alih.
e) Pengurusan perkhidmatan perkongsian dan pengemaskinian dokumen dan fail.
f) Simpan dan akses fail pada bila-bila masa, dimana-mana sahaja dari desktop dan peranti mudah alih pengguna.
g) Shared Drive digunakan untuk menyimpan kerja pasukan dalam ruang kongsi yang selamat dan mudah diurus. Sebarang fail yang ditambahkan pada shared drive dimiliki secara bersama oleh pasukan, oleh itu semua pengguna dapat mengikuti perkembangan terkini.