Perkhidmatan perbualan atau chat secara berkumpulan adalah menggunakan platform Google Chat. Google Chat mempunyai ciri-ciri chat secara individu dan berkumpulan dan dilengkapi dengan tahap keselamatan standard industri bagi membolehkan pasukan berkomunikasi secara bersepadu dan dalam persekitaran digital yang selamat. Google Chat juga berupaya menyimpan sejarah chat, perkongsian fail, pembahagian tugas dalam kumpulan dan membuat persidangan video secara terus dengan pasukan kerja.

Perkhidmatan bagi perbualan secara berkumpulan turut menyokong ciri-ciri seperti berikut:
a) Menyimpan sejarah chat. Peserta Google Chat yang baru dan lama dapat melihat semua sejarah perbualan pada bila-bila masa.
b) Mempunyai paparan status kehadiran.
c) Membina kumpulan perbincangan (Discussion group) bagi peserta yang terlibat dalam Chat Room.
d) Real-time.
e) Data boleh di synchronized kan bagi capaian web dan peranti mudah alih.
f) Membolehkan fungsi Carian Kandungan (Search for content)
g) Paparan notifikasi (Alerts notifications).
h) Perkongsian Fail Lampiran (File attachment and sharing) dalam format yang bersesuaian.
i) Dapat menampung minimum 5,000 pengguna serentak (concurrent user).