Persidangan Dalam Talian (Video Conference) iaitu persidangan di mana peserta berada di lokasi yang berbeza, namun dapat berkomunikasi antara satu sama lain melalui suara dan video dengan menggunakan kamera dari peranti seperti telefon mudah alih. Persidangan dalam talian dapat menyediakan ruang kerja secara real-time. Persidangan Dalam Talian adalah menggunakan platform Google Meet yang lengkap dengan ciri-ciri keselamatan standard industri yang membolehkan pengguna mengadakan mesyuarat, seminar dan perkongsian skrin secara dalam talian. Pengguna juga dapat sentiasa berhubung melalui persidangan video yang dibina diatas infrastuktur yang selamat. Perkhidmatan persidangan dalam talian yang menggunakan platform Google Meet menyokong ciri-ciri berikut:
a) Pelaksanaan perkhidmatan persidangan dalam talian dengan ciri-ciri keselamatan, mesra pengguna, berfungsi dengan lancar dan mempunyai kualiti yang baik dengan menggunakan infrastruktur sedia ada di agensi serta boleh diakses dari pelbagai lokasi.
b) Menyediakan fungsi penjadualkan persidangan web dimana pengguna dapat memilih serta memasukkan ahli jemputan bagi menyertai persidangan tersebut.
c) Menyokong fungsi shared screen iaitu sebagai penganjur persidangan, pengguna berkenaan boleh shared screen dengan semua pengguna yang berada dalam persidangan tersebut.
d) Perkhidmatan persidangan dalam talian membolehkan komunikasi secara one-to-one (1:1) dan one-to-many (1: many) bagi pengguna MyGovUC 2.0.
e) Prestasi multi conference (1: many) berkeupayaan untuk membolehkan persidangan disertai oleh 500 pengguna serentak bagi satu persidangan (1: many).
f) Sebagai langkah keselamatan siber, semua percakapan yang dibuat semasa persidangan dalam talian ini akan di “encrypted” semasa melalui Internet.
g) Menyediakan tahap prestasi yang optimum bagi Persidangan Dalam Talian namun ini juga bergantung kepada prestasi rangkaian yang digunakan.
h) Ciri-ciri persidangan dalam talian juga turut menyokong persidangan webinar.