Portal Komunikasi dan Kolaboratif ialah portal yang boleh melaksanakan perkongsian dokumen, interaksi, media sosial dan lain-lain. Perkhidmatan ini memudahkan pengguna melaksanakan kerja dengan menggunakan chat, berkongsi fail (Shared File) dan kekal berhubung. Melalui Portal Komunikasi dan Kolaboratif, rakan sekerja boleh menyiarkan mesej mereka sendiri dan mengikuti mesej penting yang dikongsikan oleh rakan sekerja yang lain. Perkhidmatan yang disediakan ini membolehkan pengguna berkomunikasi secara kolaboratif antara pengguna dari semua agensi yang terlibat.

Perkhidmatan ini juga mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Portal Komunikasi dan Kolaboratif bersesuaian mengikut perkhidmatan yang ditawarkan yang membenarkan komunikasi bersepadu dan kolaboratif antara agensi atau pengguna.
  2. Minimum saiz storan personel akan dibekalkan bagi setiap pengguna Perkhidmatan MyGovUC 2.0.
  3. Pelaksanaan perkhidmatan kolaboratif versi terkini yang boleh melaksanakan perkongsian dokumen, interaksi, media sosial, iklan, buletin, forum dan lain-lain.

Fungsi yang terdapat dalam Portal Komunikasi dan Kolaboratif adalah seperti berikut:

  1. Membina aplikasi laman web dengan mudah dengan menggunakan Google Sites. Paparan laman web boleh dikongsi kepada pengguna lain. Pengguna juga dapat bekerjasama mengemaskini laman web dengan pengguna lain melalui kebenaran akses.
  2. Perkongsian idea dan mendapat maklum balas segera dengan menggunakan Google Currents. Google Currents ialah papan buletin digital yang boleh membantu pekerja yang bekerja di syarikat yang sama, berkongsi fail dan dapat kekal berhubung. Dengan Google Currents, pengguna boleh menyiarkan mesej mereka sendiri, mengikuti mesej penting yang dikongsikan, serta mempunyai fungsi tag notifikasi dan profil.