Sistem Pelaporan (Dashboard) merupakan sistem yang dibangunkan bagi membolehkan Pasukan KERAJAAN atau Pentadbir e-mel agensi pengguna untuk melihat pelbagai statistik mengikut keperluan dan kehendak semasa agensi. Sistem Pelaporan yang dibangunkan mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut:

a) Maklumat statistik dipapar dalam bentuk dashboard yang menarik.
b) Penjanaan statistik Sistem Pelaporan tidak mengganggu prestasi lain-lain Perkhidmatan MyGovUC 2.0 dan boleh dicapai secara mobile.
c) Laporan-laporan dalam Sistem Pelaporan boleh dieksport dan dicetak mengikut pelbagai format fail yang sesuai.

Sistem Pelaporan merangkumi laporan seperti berikut:

a) Laporan bilangan e-mel keluar masuk.
b) Laporan penggunaan.
c) Laporan pemantauan antivirus, antispam dan anti spoof.
d) Laporan e-mel yang disekat (inbound / outbound).
e) Laporan mengikut kementerian, agensi dan pengguna.
f) Laporan bagi kesediaan setiap perkhidmatan, perkakasan dan perisian (health check).
g) Laporan penggunaan mengikut setiap perkhidmatan.
h) Lain-lain laporan yang perlu dijana mengikut keperluan KERAJAAN dari semasa ke semasa.

Sistem Pelaporan membolehkan penjanaan statistik dan laporan dibuat dari semasa ke semasa mengikut keperluan KERAJAAN seperti berikut:

a) Laporan Harian.
b) Laporan Bulanan.
c) Laporan Lain / Ad hoc Report.