Halaman

Portal Rasmi MyGovUC 2.0

Portal Rasmi MyGovUC 2.0 ini menggantikan Portal Rasmi MyGovUC yang sedia ada. Portal ini akan bertindak sebagai pusat sumber maklumat untuk pengguna mendapatkan maklumat yang terkini berkaitan perkhidmatan MyGovUC 2.0 daripada pihak KERAJAAN. Portal ini juga boleh digunakan sebagai medium penyebaran maklumat dan pengiklanan kepada para pengguna. Selain itu, ia juga memudahkan pengguna untuk mengikuti hebahan, perkembangan dan aktiviti terkini pihak KERAJAAN.
Portal Rasmi MyGovUC 2.0 ini berfungsi sebagai platform penyampaian maklumat oleh pihak KERAJAAN. Pihak KERAJAAN akan menyediakan maklumat-maklumat yang hendak disampaikan kepada pengguna dengan memaparkan maklumat tersebut di portal ini.

Selain itu, Portal Rasmi MyGovUC 2.0 ini juga akan memaparkan dokumen-dokumen yang boleh dimuat-turun oleh pengguna sama ada pengguna dalaman ataupun luaran.