Program Roadshow MyGovUCXcelerate 2025
Anugerah Kecemerlangan Digital Sektor Awam dianugerahkan oleh Jabatan Digital Negara melalui program MyGovUCXcelerate 2025 untuk mengiktiraf usaha dan sumbangan individu dan agensi sektor awam ke arah inovasi dan transformasi digital. Jabatan Digital Negara memberikan anugerah agensi paling cemerlang dalam penggunaan Gemini, Meet, Train The Trainer (TTT) dan Sistem Penghantaran Dokumen Sulit & Terhad (SPDT) sebagai pengiktirafan ke atas usaha pelaksanaan dan pengurusan Perkhidmatan MyGovUC. Anugerah ini mengiktiraf usaha JDN dalam pendigitalan dan transformasi Perkhidmatan Awam Malaysia untuk membawa negara ke tahap yang lebih tinggi.