Sistem E-mel

Perkhidmatan e-mel MyGovUC membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dengan cepat dan pantas dalam bentuk mesej elektronik. Perkhidmatan e-mel MyGovUC mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Menyediakan fungsi Global Address List, Groups, Task, dan Keep (Notes).
  2. Menyediakan fungsi perkongsian kalendar bagi kalendar peribadi dan kumpulan.
  3. Menyokong fungsi perkongsian dokumen.
  4. Keupayaan untuk melaksanakan Data Synchronization untuk e-mel, kontak dan kalender bagi capaian web dan peranti mudah alih.
  5. Berupaya menyediakan domain agensi sebagai alamat secondary dan domain MyGovUC sebagai alamat primary e-mel pengguna. Contoh: username.agensi@mygovuc.gov.my (primary) username@agensi.gov.my (secondary).
  6. Berupaya diintegrasi dengan external system seperti Digital Documents Management System (DDMS).
  7. Menggunakan aplikasi Simple Mail Transfer Protocol (SMTP) untuk mengirim, menerima dan menyampaikan e-mel keluar antara pengirim dan penerima. Semasa e-mel dihantar, ia dipindahkan melalui internet dari satu server ke server lain menggunakan SMTP. E-mel SMTP adalah e-mel yang dihantar menggunakan server SMTP.
  8. Berupaya berkongsi fail bersaiz besar.
  9. Penghantaran e-mel yang melibatkan dokumen sulit dan terhad disediakan melalui Sistem Penghantaran Dokumen Sulit dan Terhad (SPDT).
  10. Berupaya berhubung dengan rakan sekerja melalui chat, penghantaran jemputan melalui kalendar dan pengagihan tugasan atau tindakan pada senarai tugas.
  11. Fungsi pintar untuk tugasan mudah seperti Smart Reply, Smart Compose, grammar suggestions dan nudges hanya dalam bahasa Inggeris dapat membantu pengguna menguruskan tugasan mudah supaya pengguna boleh menjadi lebih cekap.
  12. Berupaya membolehkan pengguna mengakses e-mel secara offline. E-mel offline membolehkan pengguna membaca, membalas, memadam dan mencari mesej e-mel apabila tidak disambungkan ke Internet.
  13. Membolehkan pengguna mengakses e-mel dari pelbagai peranti di mana sahaja.


Kalendar

Pengguna boleh menjadualkan mesyuarat dan acara dengan cepat dengan menggunakan kalendar. Peringatan tentang aktiviti akan datang juga akan diberikan apabila menggunakan fungsi kalendar. Kalendar direka untuk pasukan dan memudahkan pengguna untuk berkongsi jadual dengan orang lain. Pengguna boleh membuat multiple calendar untuk digunakan bersama-sama dengan pasukan. Fungsi yang ditawarkan kalendar adalah seperti berikut;

  1. Penjadualan pintar untuk mesyuarat
    Acara boleh dijadualkan dengan cepat dengan menyemak ketersediaan rakan sekerja atau layering kalendar mereka dalam satu paparan. Pengguna boleh berkongsi kalendar supaya pasukan boleh melihat butiran acara penuh atau untuk melihat jika pengguna tidak sibuk.
  2. Akses daripada komputer riba, tablet atau telefon
    Lihat atau kemaskini jadual daripada telefon atau tablet. Gunakan aplikasi mudah alih yang dioptimumkan atau sync dengan built-in calendar dalam telefon.
  3. Google Calendar
    Kongsikan acara penting atau ketersediaan masa dengan pengguna lain dengan Google calendar.



LOKASI KAMI
MENGENAI KAMI
logo
MyGovUC 3.0 adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu yang diuruskan secara berpusat di Jabatan Digital Negara
HUBUNGI KAMI
  • Jabatan Digital Negara
    Kementerian Digital
    Aras 6
    Blok B MKN Embassy Techzone
    Jalan Teknokrat 2
    62502 Cyberjaya Selangor

  • mejabantuan@mygovuc.gov.my
  • +603-8684 8484
  • Fresh Service
  • Isnin - Ahad : 24 jam x 7 hari seminggu
Tag Awan

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

Hakcipta Terpelihara © 2024 MyGovUC 3.0
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Jumlah Pelawat : 144,739
Tarikh Kemaskini : 2 Ogos 2025
Paparan terbaik mengunakan pelayar internet Chrome dan Mozilla Firefox dengan resolusi minimum 1366x768.