Persidangan Dalam Talian

Persidangan dalam talian atau dikenali sebagai Google Meet adalah salah satu kemudahan yang disediakan untuk berkomunikasi antara pengguna MyGovUC secara maya. Meet membenarkan pengguna untuk berkomunikasi antara satu sama lain melalui suara dan video dengan menggunakan peranti mudah alih seperti komputer riba atau telefon mudah alih. Pada masa yang sama, persidangan dalam talian dapat menyediakan ruang kerja secara real-time.

Aplikasi Google Meet adalah lengkap dengan ciri-ciri keselamatan standard industri yang membolehkan pengguna mengadakan mesyuarat dan seminar secara dalam talian. Antara ciri-ciri aplikasi Google Meet adalah seperti berikut:

i. ciri-ciri keselamatan, mesra pengguna, kualiti yang baik dengan menggunakan infrastruktur sedia    

        ada di agensi serta boleh diakses dari pelbagai lokasi.

ii. kemudahan fungsi penjadualan persidangan web di mana pengguna dapat memilih serta memasukkan ahli jemputan 

        bagi menyertai persidangan tersebut melalui kolaborasi dengan Google Calendar.

iii. Menyokong fungsi shared screen di mana pengguna boleh berkongsi skrin dengan semua pengguna yang berada 

        dalam persidangan tersebut.

iv. Pilihan komunikasi secara one-to-one (1:1) atau one-to-many (1: many).

v. Setiap persidangan yang diadakan membenarkan had peserta seramai 500 peserta sahaja. Manakala webinar 

        membenarkan sejumlah 10,000 peserta pada satu-satu masa. 

vi. Setiap persidangan adalah selamat kerana ia di enkrip. 

vii. Rakaman persidangan adalah tidak dibenarkan untuk mesyuarat Rahsia/Sulit.

LOKASI KAMI
MENGENAI KAMI
logo
MyGovUC 3.0 adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu yang diuruskan secara berpusat di Jabatan Digital Negara
HUBUNGI KAMI
  • Jabatan Digital Negara
    Kementerian Digital
    Aras 6
    Blok B MKN Embassy Techzone
    Jalan Teknokrat 2
    62502 Cyberjaya Selangor

  • mejabantuan@mygovuc.gov.my
  • +603-8684 8484
  • Fresh Service
  • Isnin - Ahad : 24 jam x 7 hari seminggu
Tag Awan

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

Hakcipta Terpelihara © 2024 MyGovUC 3.0
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Jumlah Pelawat : 144,759
Tarikh Kemaskini : 2 Ogos 2025
Paparan terbaik mengunakan pelayar internet Chrome dan Mozilla Firefox dengan resolusi minimum 1366x768.