Mengenai MyGovUC

Mengenai MyGovUC
MyGovUC adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu yang diuruskan secara berpusat di JDN. Perkhidmatan ini menggunakan teknologi hybrid iaitu secara on-cloud dan on-premise. Pendekatan penggunaan teknologi hybrid merupakan penyelesaian yang kukuh (robust), dipercayai (reliable). berprestasi tinggi, scalable dan expandable yang boleh dicapai.
1
Perkhidmatan Software as a Service (SaaS)
Perkhidmatan Software as a Service (SaaS) ialah model penyampaian aplikasi di mana perisian dihoskan di awan dan diakses oleh pengguna melalui internet tanpa perlu pemasangan, pengurusan infrastruktur atau penyelenggaraan sistem di pihak pengguna.
Fungsi-fungsi Saas
Sistem E-mel
Persidangan Dalam Talian (Gmeet)
Penghantaran Fail Bersaiz Besar (Drive)
Perbualan Secara Berkumpulan (Chat)
2
Perkhidmatan Aplikasi Sokongan
Perkhidmatan Aplikasi Sokongan ialah aplikasi tambahan yang membantu melancarkan operasi sistem utama, seperti untuk pemantauan, keselamatan, log, atau pengurusan bagi memastikan sistem berjalan stabil dan teratur.
Jenis-jenis Perkhidmatan Aplikasi Sokongan
Portal Rasmi MyGovUC
Sistem Pengurusan Maklumat Pengguna (SPMP)
Sistem Penghantaran Dokumen Sulit dan Terhad
Perkhidmatan Mail Relay



Mengapa MyGovUC Dilaksanakan?

MyGovUC dilaksanakan sebagai langkah penjimatan kos bagi memastikan perkhidmatan komunikasi dan kolaboratif Kerajaan diuruskan secara berpusat untuk kegunaan semua agensi di sektor awam. Melalui perkhidmatan gunasama MyGovUC, Kerajaan dapat meningkatkan produktiviti dan mutu penyampaian perkhidmatan awam.

Meningkatkan Produktiviti

Kerajaan dapat meningkatkan produktiviti dan mutu penyampaian perkhidmatan awam.

Kolaborasi Berkualiti

Memastikan kos bagi memastikan perkhidmatan komunikasi dan kolaboratif berkualiti.

Keselamatan Terjamin

Diuruskan secara berpusat untuk kegunaan semua agensi di sektor awam.

Penyelesaian Bersepadu

Pelbagai saluran komunikasi dalam satu platform yang mudah digunakan.



Pelaksanaan Projek

Pelaksanaan projek MyGovUC berteraskan kriteria strategik berikut:

Perkhidmatan Meja Bantuan disediakan 24/7

Infrastruktur Rangkaian Kerajaan yang Selamat

Model Perkhidmatan Terurus (Managed Services)

Penyelesaian Strategik Bersepadu

LOKASI KAMI
MENGENAI KAMI
logo
MyGovUC 3.0 adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu yang diuruskan secara berpusat di Jabatan Digital Negara
HUBUNGI KAMI
  • Jabatan Digital Negara
    Kementerian Digital
    Aras 6
    Blok B MKN Embassy Techzone
    Jalan Teknokrat 2
    62502 Cyberjaya Selangor

  • mejabantuan@mygovuc.gov.my
  • +603-8684 8484
  • Fresh Service
  • Isnin - Ahad : 24 jam x 7 hari seminggu
Tag Awan

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

Hakcipta Terpelihara © 2024 MyGovUC 3.0
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Jumlah Pelawat : 216,641
Tarikh Kemaskini : 30 April 2026
Paparan terbaik mengunakan pelayar internet Chrome dan Mozilla Firefox dengan resolusi minimum 1366x768.