Program Roadshow MyGovUCXcelerate 2026
Anugerah Kecemerlangan Digital Sektor Awam menerusi Program Roadshow MyGovUCXcelerate 2026 merupakan pengiktirafan Jabatan Digital Negara (JDN) terhadap pencapaian agensi sektor awam dalam memanfaatkan Perkhidmatan MyGovUC 3.0. Pengiktirafan ini merangkumi penggunaan Gemini, Google Chat, pelaksanaan program Train the Trainer (TTT) dan Sistem Penghantaran Dokumen Sulit dan Terhad (SPDT) dalam memperkukuh kecekapan, kolaborasi dan keselamatan pengurusan dokumen digital. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan JDN dalam memacu transformasi digital ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap dan inovatif.