Sistem Meja Bantuan (Helpdesk)
Sistem Pengurusan Meja Bantuan (Helpdesk) yang dibangunkan merupakan satu sistem bagi pengurusan aduan yang digunakan untuk membuat aduan atau permohonan. Sistem Pengurusan Meja Bantuan yang akan dilaksanakan beroperasi 24 jam seminggu (24 x 7), dimana pasukan meja bantuan yang bertugas akan menjalankan peranan sebagai pasukan sokongan tahap 1 dan bertindak sebagai pusat Single Point of Contact (SPOC) bagi semua panggilan insiden atau permohonan perkhidmatan dalam masa Waktu Bekerja mahupun pada waktu berlaku insiden yang tidak diingini pada luar Waktu Bekerja.
Sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi kami melalui :
- Emelkan pertanyaan, cadangan, komen atau masalah teknikal kepada mejabantuan@mygovuc.gov.my. Kami akan memberi maklum balas kepada anda mengikut keutamaan berdasarkan Service Level Agreement (SLA) yang telah ditetapkan.
- Hubungi kami di talian +603-8684 8484 (24 jam x 7 hari).