Soalan Lazim
Semua penjawat awam termasuk Pegawai Kontrak lantikan Kerajaan adalah layak untuk mendapat akaun e-mel perkhidmatan MyGovUC 3.0
Pihak kami telah mengambil kira keperluan akaun e-mel bagi kegunaan log masuk sistem. Akaun e-mel ini perlu didaftarkan di bawah kategori 'Others' dan perlu melalui Meja Bantuan MyGovUC 3.0.
Perkhidmatan MyGovUC 3.0 menggunakan pendekatan 'pay per use' dan tidak sama seperti Perkhidmatan MyGovUC 2.0 yang menggunakan pendekatan 'pay per quota'
MyGovUC 3.0 masih mengekalkan penggunaan platform Google Workspace (GWS)
E-mel jabatan akan dimigrasi ke Perkhidmatan MyGovUC 3.0. Namun, e-mel jabatan ini perlu ditukar kepada group mail bagi tujuan penjimatan kos perlesenan e-mel Kerajaan.
14 Februari 2024
Ya, fungsi-fungsi sedia ada di Google WorkSpace (GWS) akan dikekalkan termasuk Google Sites.
Pihak kami merasakan tidak perlu hebahan kepada Ketua-Ketua Jabatan dilakukan kerana peralihan Perkhidmatan MyGovUC 2.0 kepada Perkhidmatan MyGovUC 3.0 akan berlaku secara transparent kepada pengguna.
Peralihan Perkhidmatan MyGovUC 2.0 kepada Perkhidmatan MyGovUC 3.0 merangkumi perkara berikut:
- Malaysia Secured Cell Unified Communication (MySCUC) digantikan dengan Sistem Penghantaran Dokumen Sulit dan Terhad (SPDT)
- Sistem Pengurusan Profil Pengguna (UPMS) digantikan dengan Sistem Pengurusan Maklumat Pengguna (SPMP)
- Portal Rasmi MyGovUC 2.0 digantikan dengan Portal Rasmi MyGovUC 3.0
- Learning Management System (LMS) ditamatkan
Fungsi Share Drive masih belum diaktifkan dan Pasukan Projek MyGovUC masih meneliti faktor keselamatan pengaktifan fungsi ini.