Soalan Lazim

Dari segi pemindahan pemilikan akaun Drive, bolehkah semua akaun Drive personel dipindahkan, akaun staf yang akan berpindah ke akaun staf yang sedia ada dalam Group oleh Pentadbir UC di SPMP atau Service Desk?

Ya, pemindahan pemilikan dokumen di Google Drive boleh dilakukan melalui fungsi 'transfer ownership'. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku perubahan kepada ahli kumpulan e-mel, pemindahan pemilikan dokumen perlu dilakukan kepada ahli baharu tersebut.

Adakah selepas peralihan ke MyGovUC 3.0, perkhidmatan ini ada kesinambungan atau pihak jabatan perlu bersiap sedia bagi kerja-kerja migrasi dengan pihak pengguna?

Peralihan ke Perkhidmatan MyGovUC 3.0 adalah transparent kepada pengguna. Aktiviti migrasi ke Perkhidmatan MyGovUC 3.0 akan dilakukan oleh Pasukan Projek MyGovUC dan tidak akan melibatkan pengguna.

Adakah semua fail dan dokumen di dalam Google Drive yang menggunakan e-mel MyGovUC masih ada selepas tempoh migrasi MyGovUC3.0?

Ya. Semua kandungan di dalam Google Drive di Perkhidmatan MyGovUC 2.0 akan dibawa ke Perkhidmatan MyGovUC 3.0. Proses migrasi adalah transparent kepada pengguna.

Apakah MyGovUC 3.0 dan apakah kepentingan migrasi ini?

Perkhidmatan MyGovUC 3.0 adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu Kerajaan. Aktiviti migrasi ini penting bagi memastikan kesinambungan Perkhidmatan MyGovUC dan fungsi bisnes di Kementerian/Agensi tidak terjejas.

Bilakah perkhidmatan MyGovUC 2.0 akan tamat tempoh perkhidmatannya dan bilakah MyGovUC 3.0 akan berkuatkuasa?

Perkhidmatan MyGovUC 2.0 akan berakhir tempohnya pada 13 Februari 2024 dan Perkhidmatan MyGovUC 3.0 akan berkuatkuasa sepenuhnya bermula 14 Februari 2024.

Berapa lamakah kontrak untuk platform baharu ini?

Kontrak Perkhidmatan MyGovUC 3.0 adalah selama 60 bulan.

Adakah syarikat dan platform yang sama akan digunakan untuk MyGovUC 3.0 ini?

Perkhidmatan MyGovUC 2.0 diuruskan oleh Syarikat PERNEC Integrated System Sdn Bhd. Manakala, Perkhidmatan MyGovUC 3.0 diuruskan oleh Syarikat Redtone Engineering  & Network Services Sdn. Bhd (RENSSB). Platform yang digunakan bagi Perkhidmatan MyGovUC 2.0 dan Perkhidmatan MyGovUC 3.0 adalah Google WorkSpace (GWS).

Adakah platform baru MyGovUC 3.0 selamat untuk digunakan?

Ya, platform baru Perkhidmatan MyGovUC 3.0 adalah selamat digunakan tertakluk kepada tatacara penggunaan pengguna terhadap perkhidmatan ini.

Apakah ciri-ciri yang perkhidmatan yang ditawarkan dalam MyGovUC 3.0?

Ciri-ciri yang ditawarkan di Perkhidmatan MyGovUC 3.0 adalah seperti berikut:

  1. Akses yang mudah 
  2. Persidangan Video 
  3. Perkongsian dan pengeditan dokumen 
  4. Single Sign On 
  5. Keselamatan Berlapis 
  6. Penyimpanan dokumen di cloud
LOKASI KAMI
MENGENAI KAMI
logo
MyGovUC 3.0 adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu yang diuruskan secara berpusat di Jabatan Digital Negara
HUBUNGI KAMI
  • Jabatan Digital Negara
    Kementerian Digital
    Aras 6
    Blok B MKN Embassy Techzone
    Jalan Teknokrat 2
    62502 Cyberjaya Selangor

  • mejabantuan@mygovuc.gov.my
  • +603-8684 8484
  • Fresh Service
  • Isnin - Ahad : 24 jam x 7 hari seminggu
Tag Awan

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

Hakcipta Terpelihara © 2024 MyGovUC 3.0
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Jumlah Pelawat : 144,743
Tarikh Kemaskini : 2 Ogos 2025
Paparan terbaik mengunakan pelayar internet Chrome dan Mozilla Firefox dengan resolusi minimum 1366x768.