Soalan Lazim
Siapakah yang akan terlibat di dalam migrasi MyGovUC 3.0 ini?
Pasukan Projek MyGovUC dan pihak Syarikat yang dilantik.
Adakah saya dapat menggunakan e-mel seperti sedia kala sepanjang proses migrasi?
Ya, pengguna boleh menggunakan e-mel seperti biasa sepanjang proses migrasi berlaku.
Adakah e-mel yang telah dibuat salinan pendua (backup) boleh dirujuk semula selepas 13 Februari 2024?
Ya, pengguna masih boleh merujuk e-mel salinan pendua (backup) ke dalam komputer menggunakan Google WorkSpace (GWS).
Adakah data-data sedia ada didalam emel MyGovUC 2.0 akan hilang?
Data-data sedia ada dalam Perkhidmatan MyGovUC 2.0 akan tersedia di Perkhidmatan MyGovUC 3.0.
Adakah alamat e-mel sama seperti alamat e-mel semasa selepas migrasi berlaku?
Ya, tiada perubahan terhadap alamat emel pengguna.
Berapakah saiz storan yang dibekalkan untuk e-mel MyGovUC 3.0 ini?
Semua pengguna akan dibekalkan dengan 1TB saiz storan.
Jika saiz storan e-mel MyGovUC 3.0 semasa pengguna melebihi 8GB, adakah akan dikurangkan saiz storan tersebut?
Semua pengguna akan dibekalkan dengan 1TB saiz storan. Tiada pengurangan saiz storan bagi tujuan migrasi ini.
Bagaimana e-mel MyGovUC 3.0 ini boleh dicapai?
E-mel Perkhidmatan MyGovUC 3.0 boleh dicapai melalui kaedah berikut:
- Sila buka Gmail daripada mana-mana penyemak imbas web
- Sila pergi ke mail.google.com.
- Pada halaman Google, di bahagian atas sebelah kanan, klik Pelancar Aplikasi dan pilih Gmail.
- Peranti Android: Pasang dan buka aplikasi Android.
- Peranti Apple iOS: Pasang dan buka aplikasi iOS.
Apakah kesan perubahan terhadap aplikasi e-mel selepas migrasi?
Tiada sebarang perubahan yang akan berlaku selepas migrasi dilaksanakan.